08/10/2010

Gambar-Gambar Sekitar Majlis Sambutan Hari Raya & Meraikan Bakal Haji Bersama Pemimpin 2010

Tetamu Khas Mengambil Tempat

 Para jemputan Wanita mengambil tempat

 Marhaban di alunkan oleh Ahli Jawatan Kuasa Masjid Sabak Uni


 Pengerusi Persatuan Sahabat Haji Tuan Haji Ashari B Sekor Memberikan Ucapan Alu-aluan

 Ucapan Wakil Peserta Haji dan Perasmian oleh Y.B Dato' Samsol Bari Bin Jamali

 Pengerusi Sahabat Haji menyampaikan Cenderahati kepada YB

 Bakal Haji bergambar bersama-sama dengan Pemimpin

 Bakal Hajjah bergambar bersama-sama isteri YB

Jamuan Makan

Alhamdulillah, Majlis dapat disempurnakan dengan lancarnya, Moga semua bakal haji dan hajjah dapat menyempurnakan Ibadah haji pada tahun ini dengan sempurnanya. Bagi Pihak Jawatan Kuasa Majlis mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini, Wasalam

01/10/2010

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI & MERAIKAN BAKAL HAJI BERSAMA PEMIMPIN


MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT MASJID SABAK UNI,
MERAIKAN BAKAL-BAKAL HAJI & JALINAN SILATURRAHIM
BERSAMA PEMIMPIN TAHUN 1431H/2010M

Disempurnakan oleh

PROFESOR DATO’ DR. MOHD NOH DALIMIN

Naib Canselor

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Pada


5 Oktober 2010 (Selasa)

8.00 – 10.00 malam

bertempat di Masjid Jamek Sabak Uni, Parit Raja


Anjuran bersama:

Persatuan SAHABAT HAJI dan Masjid Sabak Uni

ATURCARA MAJLIS

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1431H

Sahabat Haji mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada ahli-ahli sahabat haji serta semua muslimin dan muslimat. Maaf Zahir dan Batin.

20/05/2010

MESYUARAT AGUNG SAHABAT HAJI TAHUN 2010M/1431H

Yg. Bhg. Tuan Haji/Hajah/Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa PERSATUAN HAJI DAN BAKAL HAJI (SAHABAT HAJI) akan mengadakan Mesyuarat Agung yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

    Tarikh : 26 Mei 2010 (Rabu)
    Masa : 7.00 Malam
    Tempat : Masjid Jamek Sabak Uni, Parit Raja

3. Sehubungan itu, saya bagi pihak Jawatankuasa SAHABAT HAJI SABAK UNI amat mengalu-alukan kehadiran Y. Bhg. Tuan Haji/Hajah/Tuan/Puan ke mesyuarat di atas bagi membantu merealisasikan objektif penubuhan persatuan ini. Bersama-sama ini disertakan aturcara mesyuarat dan borang cadangan/usul. Sebarang cadangan/usul hendaklah diserahkan kepada Setiausaha atau Jawatankuasa sebelum atau pada 26 Mei 2010. Kehadiran Y. Bhg. Tuan Haji/Hajah/Tuan/Puan amatlah dihargai dan dialu-alukan demi kecemerlangan masyarakat.

Sekian, terima kasih.


Yang benar,


HAJI ASHARI BIN SIKOR

Pengerusi,
SAHABAT HAJI Sabak Uni,
86400 Parit Raja, Batu Pahat,
Johor Darul Ta’zim.

http://www.sahabathaji.blogspot.com/


ATURCARA MESYUARAT AGUNG SAHABAT HAJI 2010



7.00 malam Kehadiran ahli dan pendaftaran
7.15 malam Solat Maghrib berjemaah
8.00 malam Pendaftaran (sambungan)
   Jamuan makan
8.30 malam Solat Isyak berjemaah
9.00 malam Tetamu dan jemputan mengambil tempat
9.05 malam Bacaan doa oleh Ustaz Hj Mohd Amin Misran, Imam 1 Masjid Sabak Uni
9.15 malam Ucapan Aluan Pngerusi Sahabat Haji
9.20 malam Ucapan Perasmian oleh YB Datuk Shamsul Bari Jemali

9.30 malam Mesyuarat Agung bermula
   Pembentangan Laporan JK Sahabat Haji Sesi 2008/2010
   Laporan aktiviti
   Laporan kewangan
   Peletakan jawatan JK Sahabat Haji Sesi 2008/2010

10.00 malam Pelantikan Pengerusi dan Setiausaha Sementara
   Pengundian dan Pelantikan JK Sahabat Haji Sesi 2010/2012. Jawatan yang akan dipertandingkan adalah:

1. Pengerusi
2. Timbalan Pengerusi
3. Setiausaha Agung
4. Penolong Setiausaha
5. Bendahari
6. Pelantikan JK Sahabat Haji mengikut kawasan
   6.1 Kawasan Sabak Uni
   6.2 Kawasan Air Hitam
   6.3 Kawasan Parit Londang
   6.4 Kawasan Taman
   6.5 Kawasan Olak Batu
   6.6 Kawasan Batu pahat
   6.7 Kawasan Parit Sonto
   6.8 Kawasan Senggarang
   6.9 Kawasan Parit Raja Darat
   6.10 Kawasan Parit Raja
   6.11 Kawasan Seri Menanti
   6.12 Kawasan Pt Haji Ali Darat
   6.13 Kawasan Parit Bingan Darat
   6.14 Kawasan Parit Nipah Darat
   6.15 Kawasan Semarang
7. Pemeriksa Kira-Kira (2 orang)

Ucapan Pengerusi Sahabat Haji Sesi 2010/2012

Ucapan Penangguhan
  - YB Dato’ Hj Hood Hj Parmin
  - YB Prof Dato’ Dr Mohd Noh Dalimin

26/10/2009

Majlis Pelancaran Persatuan Sahabat Haji Sabak Uni

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah dengan izinNya Majlis Pelancaran Persatuan Sahabat Haji Sabak Uni selamat disempurnakan oleh YB Datuk SamsolBari Bin Jamali, Adun Semarang.

Gambar-gambar Sekitar Pelancaran













20/10/2009

MAJLIS PELANCARAN PERSATUAN SAHABAT HAJI SABAK UNI DAN MERAIKAN BAKAL-BAKAL HAJI TAHUN 1430 HIJRAH

Persatuan Sahabat Haji Sabak Uni akan mengadakan majlis Pelancaran Persatuan Sahabat Haji Sabak Uni dan Meraikan Bakal-Bakal Haji Tahun 1430 Hijrah yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 20 Oktober 2009 (Selasa)
Masa : 8.00 – 10.00 Malam
Tempat : Masjid Jamek Sabak Uni

Dirasmi dan dilancarkan oleh


Yang Berhormat Datuk Samsolbari Bin Jamali
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Semarang



.