20/05/2010

MESYUARAT AGUNG SAHABAT HAJI TAHUN 2010M/1431H

Yg. Bhg. Tuan Haji/Hajah/Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa PERSATUAN HAJI DAN BAKAL HAJI (SAHABAT HAJI) akan mengadakan Mesyuarat Agung yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

    Tarikh : 26 Mei 2010 (Rabu)
    Masa : 7.00 Malam
    Tempat : Masjid Jamek Sabak Uni, Parit Raja

3. Sehubungan itu, saya bagi pihak Jawatankuasa SAHABAT HAJI SABAK UNI amat mengalu-alukan kehadiran Y. Bhg. Tuan Haji/Hajah/Tuan/Puan ke mesyuarat di atas bagi membantu merealisasikan objektif penubuhan persatuan ini. Bersama-sama ini disertakan aturcara mesyuarat dan borang cadangan/usul. Sebarang cadangan/usul hendaklah diserahkan kepada Setiausaha atau Jawatankuasa sebelum atau pada 26 Mei 2010. Kehadiran Y. Bhg. Tuan Haji/Hajah/Tuan/Puan amatlah dihargai dan dialu-alukan demi kecemerlangan masyarakat.

Sekian, terima kasih.


Yang benar,


HAJI ASHARI BIN SIKOR

Pengerusi,
SAHABAT HAJI Sabak Uni,
86400 Parit Raja, Batu Pahat,
Johor Darul Ta’zim.

http://www.sahabathaji.blogspot.com/


ATURCARA MESYUARAT AGUNG SAHABAT HAJI 2010



7.00 malam Kehadiran ahli dan pendaftaran
7.15 malam Solat Maghrib berjemaah
8.00 malam Pendaftaran (sambungan)
   Jamuan makan
8.30 malam Solat Isyak berjemaah
9.00 malam Tetamu dan jemputan mengambil tempat
9.05 malam Bacaan doa oleh Ustaz Hj Mohd Amin Misran, Imam 1 Masjid Sabak Uni
9.15 malam Ucapan Aluan Pngerusi Sahabat Haji
9.20 malam Ucapan Perasmian oleh YB Datuk Shamsul Bari Jemali

9.30 malam Mesyuarat Agung bermula
   Pembentangan Laporan JK Sahabat Haji Sesi 2008/2010
   Laporan aktiviti
   Laporan kewangan
   Peletakan jawatan JK Sahabat Haji Sesi 2008/2010

10.00 malam Pelantikan Pengerusi dan Setiausaha Sementara
   Pengundian dan Pelantikan JK Sahabat Haji Sesi 2010/2012. Jawatan yang akan dipertandingkan adalah:

1. Pengerusi
2. Timbalan Pengerusi
3. Setiausaha Agung
4. Penolong Setiausaha
5. Bendahari
6. Pelantikan JK Sahabat Haji mengikut kawasan
   6.1 Kawasan Sabak Uni
   6.2 Kawasan Air Hitam
   6.3 Kawasan Parit Londang
   6.4 Kawasan Taman
   6.5 Kawasan Olak Batu
   6.6 Kawasan Batu pahat
   6.7 Kawasan Parit Sonto
   6.8 Kawasan Senggarang
   6.9 Kawasan Parit Raja Darat
   6.10 Kawasan Parit Raja
   6.11 Kawasan Seri Menanti
   6.12 Kawasan Pt Haji Ali Darat
   6.13 Kawasan Parit Bingan Darat
   6.14 Kawasan Parit Nipah Darat
   6.15 Kawasan Semarang
7. Pemeriksa Kira-Kira (2 orang)

Ucapan Pengerusi Sahabat Haji Sesi 2010/2012

Ucapan Penangguhan
  - YB Dato’ Hj Hood Hj Parmin
  - YB Prof Dato’ Dr Mohd Noh Dalimin

No comments:

Post a Comment